Sunday, May 13, 2012 | By: HIDAYAH HALIM

HARI IBU & PEMERGIAN DHIA DAMIA

Salam semua...harini 13 Mei 2012 merupakan HARI IBU & of course today ramai ibu2 yang diraikan oleh anak2...klau tak arini pon...maybe in advance...for this year aku tak tau nak bagi hadiah ape kat mak....so semalam aku juz keluar ngan mak, abah & topek belanja dorang makan2...

Agak lame aku tak menulis blog neh...tapi arini rase terpanggil nak menulis serba sedikit...tu pon bile aku cube naek kan mood di kala kesedihan masih menyelubungi diri...

Nape sedih...?? Ramai gak yang tanye sape Dhia Damia....

Untuk pengetahuan rakan2 sekalian...Dhia Damia & Dhia Dania merupakan anak kembar abang ipar aku (abang suami aku) yang terpaksa dilahirkan ketika mereka masih lagi dalam 7 bulan kandungan...atau senang citer kelahiran pra-matang....Doktor terpaksa keluarkan mereka melalui kaedah pembedahan (Caesarean) disebabkan Damia terlalu kecil & dikhuatiri she can't survive...Selepas mama mereka (Kak Norli) selamat dibedah, mereka dimasukkan ke dalam inkubator dan diletakkan di dalam bilik khas...bayangkan mereka terpaksa duduk di bawah lampu inkubator tu dalam jangka masa yang agak lama kerana lahir tak cukop bulan...sedih sangat aku rase...

Ape2 pon...selepas dilahirkan kami sekeluarga rasa sangat lega bila dimaklumkan kedua-duanya stabil....doa untuk si kembar membesar dengan sehat tak pernah putus...

Kalau diikutkan da sebulan mereka dilahirkan....rupa-rupanya since lahir, Damia tak pernah buang air besar menyebabkan perot dia kembong...doktor mengatakan Damia sepatutnya dibuat pembedahan, tetapi keadaan Damia kelihatan agak kritikal...so pembedahan tak dibuat...

Tiba-tiba tengah malam tadi kami sekeluarga dikejutkan dengan berita pemergian Damia di PPUM...she can't survive anymore....Jenazah Damia selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UPM lebih kurang jam 10.00 pagi tadi... Aku sempat la tengok jenazah dimandikan, dikapankan, disembahyangkan sehingga lah dimasukkan ke liang lahad...Damia sangat la comel...wajah dia saling tak tumpah macam mama dia....syahdu & runtun jiwa aku bila tengok Kak Norli cium Damia untuk kali terakhir & berkata "tunggu mama kat sana ye"....

Sebagai hamba Allah...kami menerima & percaya ade hikmah di sebalik ape yang terjadi... Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Damia & biarlah dia menunggu ibu bapanya di pintu syurga...Al-Fatihah...

2 comments:

zatil said...

semoga Damia aman di sana..takziah..sedih jugak..

HIDAYAH HALIM said...

InsyaAllah...aminnnnn...thanks zatil...