Monday, November 2, 2009 | By: HIDAYAH HALIM

Luahan rasa dari seorang yg bernama Mimi

Saya ada seorang kawan..
Namanya ialah Nor Hadisah Arshad..
Kami suka panggilnya Dee..Tapi saya suka panggil Dee juga atau kadang-kadang panggil Disah,makcik dee atau apa-apa yang boleh membuatkan dia menjawab,"Ya,nak apa?"..

Dia tak banyak cakap
Tak macam saya
Tak tau macam mana boleh jadi kawan rapat seperti air teh o ais dicincang tak kan putus
Tapi orang kata kalau berlainan perangai,memang senang nak jadi kawan
Patutlah Dayah artis boleh jadi kawan yg rapat dengan makcik dee di kuantan
Tapi bila balik KL, dayah artis akan berkawan semula dengan rakan-rakan artis yg suam-suam kuku itu
Dan ini menunjukkan Dayah artis dan makcik dee adalah pasangan yg sesuai dalam sehati berdansa..Relevan kah pernyataan saya?

Dia iaitu Nor hadisah sangat fanatik dengan LiverFOOL nya itu
Baru menang sikit dah kecoh seantero kuantan sampai kadang-kadang kekecohan terdengar di serdang ini
Tapi LiverFOOL dia dah terkeluar dari LEAGUE CUP..Kasihan kah dia???

Saya dan Dayah artis adalah peminat kipassusahmati Manchester United
Walaupun Ronaldo tiada,tapi itu bukan masalah besar kami
Kerana Dayah artis pun boleh menggelecek bola seperti Ronaldo
Tapi Fergie tak bagi Dayah artis main untuk MU
Sebab Dayah artis hanya layak bermain untuk skuad bawah 12 tahun england..
Hebat kah dayah?

Tapi sekarang bukan nak cerita pasal Dayah artis
Sebab Dayah artis dah glamer sampaikan Abe Jimmy Trek Selebriti pun pernah ambil gambar dia
Sekarang nak cerita tentang makcik dee yang sangat baik hati
Dia kurang bercakap tapi setiap butir-butir percakapan dia sungguh berseni dan menyentuh hati
Kalau tak percaya,sila tengok blog dia
Dia jarang update blog,tidak seperti saya dan dayah artis..
Sentiasa nak update blog sampaikan isu MU kalah pun boleh masuk blog
Tapi apabila dia update blog,pasti kata-kata menyentuh hati
Sebenarnya, Dee layak bergelar peguam
Cuma subjek Law semester akhir cukup menggerunkan kami
Sehinggakan setiap kali kuiz,test dan exam,markah hanya diberikan disebabkan jawapan yang panjang bukan isi yang bernas..
Anggaplah markah kasihan akibat penggunaan dakwat pen dan kertas yang banyak
Jadi kesimpulannya,
Dee perlu berkahwin dengan peguam
Ada tak adik-beradik,saudara-mara atau kawan-kawan yang bergelar lawyer tapi belum berpunya???
Mereka yang loyer buruk tak diperlukan dalam ini gambar kerana Makcik dee lagi terkenal dengan loyer cantik,buruk,comel dan menawan..
Kalau tak percaya, cuba tanya Dayah artis atau sesiapa yang pernah sekampung dengan dia hatta Gha yang berada di KL pun turut tahu keLOYERan BURUKannya itu..

Ya,Gha adalah kawan saya juga..
Cuma dia agak sibuk dengan urusan kantor yang kadang-kadang Pak Menteri pun kalah
Tapi saya berasa amat rugi kerana tidak sempat untuk berhari raya di rumah Gha kerana kengkangan masa dan terkangkang akibat ketiadaan duit untuk mengisi minyak kereta
Serius masalah harga minyak di pasaran cukup merunsingkan kami anak-anak perantauan

SekianCerita akan bersambung sebentar lagi akibat dari gangguan perut yang sudah memainkan lagu Kencorong Untuk Ana..


Nota kaki: nape aku re-published entry mimie neh..?? pasai aku suke ngan susunan ayat ntah pa pe minah neh...cam ong hilang pedoman...hakhakhak...

9 comments:

Mimieku said...

kuang ajo!!! aku kasi can, ko telah menghilang pedomankan diri aku ek...patut nya ko coverina lah sikit aku

HIDAYAH HALIM said...

hahahahah...tak maknenye aku nak coverina ko...ko hilang pedoman mesti pasai ngah neves menghitung hari kannnnnnn...hakhakhak

Mimieku said...

gila hape aku nak nerves..dah biasa dah....mmg gila!!!

lagu gila ko reply...aku saspek ko ada masalah mental disorder dari segi terlalu obses dgn blog

Mimieku said...

*silap eh...laju gila ko reply

dee said...

lagu gila??typing error ko ni mimiee...sgt terukkk...

HIDAYAH HALIM said...

mimie... sile gi kelas tambahan untuk typing sekirenye anda ingin tros berblog...kerane ini akan menjatuhkan maruah anda sebagai blogger...

Mimieku said...

apa kes typing error aku jd bahan utama media massa skrg nih???

ok lagi drpd...ada org sebut boys r us JADI toy r us....gila hape manusia jadi toy....

HIDAYAH HALIM said...

woitttt...ko jgn bukak cite mimie...kang aku wat entry pasal KETERSASULAN ko kang...hahahha... chicken cari cebab...

Mimieku said...

chicken cari cebab-mucabab kenapa ramai org cuka makan kepci