Wednesday, February 4, 2009 | By: HIDAYAH HALIM

Renung-renungkannnnnnnnn....

Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira kerana
mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah;
jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati
adalah yang menilai wanita secara tersendiri.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada
orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah
kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Janganlah engkau membenci kehidupan yang amat pahit bagi dirimu
tetapi yakinlah bahawa itu adalah takdir yang engkau miliki.

Kenali sebuah pertemuan, kerana di situ tercipta kemesraan
Hargailah sebuah persahabatan, kerana di situ tercipta kerinduan
Sayangilah sebuah perkenalan, kerana di situ terciptanya sebuah kedamaian

5 comments:

MiMieku said...

apsal aku asik nk copy je ayat2 ko?huhu..

MiMieku said...

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada
orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah
kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

..i like ur wordz..

GEODAIA said...

kehkehkehkeh...bukan ke dari zman study dulu ko (ngan aku & kawan2) mmg suke wat keje copy paste neh..

MiMieku said...

alamak..aku lupe lak..keje copy&paste tuh dh mcm sebati dh..haha

GEODAIA said...

tau tak pe...(trademark ko)