Thursday, December 4, 2008 | By: HIDAYAH HALIM

Segalanya di sini....

Mulanya di sini
ku ciptakan sejarah hidupku sendiri
melontar jauh angan-angan
yang terlekat di mindaku
dek tentangan abah yang tersayang

Mulanya di sini
ku catatkan sejarah hidupku yang amat bermakna
dari segumpal cita-cita yang tergenggam
dari segunung azam yang terbuku
aku terus mengejar impian hidupku

Mulanya di sini
ku pahatkan kenangan silam ku
biar menjadi arca
cinta yang lama bersemi
lenyap begitu sahaja...aku redha
biar menjadi pengajaran buat diriku

Mulanya di sini
ku warnakan masa depan ku
biar menjadi seni yang indah
agar menjadi jejak generasi ku
Itu yang ku mahu...

Mulanya di sini
ku padamkan kisah silamku
agar hidup ku menjadi berkat
biar apa jua halangannya
biar luka kaki melangkah
biar pedih hati merasa
agar aku bisa tabah
menelan kepahitan - merasa kemanisan.

Mulanya di sini,
ku bertemu 'seseorang'
yang amat ku sayang
tidak serupa dengan insan-insan terdahulu
Kelainan itu menarik perhatianku
Kini...hanya dia di hatiku

Mulanya di sini
ku teruskan catatanku
menghadapi hari-hari muka
kerana langkah ku
tetap kan bermula di sini

0 comments: