Wednesday, July 25, 2007 | By: HIDAYAH HALIM

7 Kalimah Suci

Sabda Rasulullah SAW:


Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini, akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.
1. Bismillahhirrahmanirrahim
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu
2. Alhamdulillah
Pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu
3. Astaghfirullah
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk
4. Insyaallah
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang
5. La haula wala quwata illah billah
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu
yang buruk
6. Innalillah wain na illahirajiun
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian
7. La ila ha illallah
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyak semoga kita tergolong
dalam kalangan orang yang terpilih oleh Allah
Allah won't ask about the color of your skin, He'll asks about the content of your character.

Peringatan Buat Diri Yang Mudah Lupa

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

2. Sabar apabila mendapat kesulitan;

3. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

8. Jangan usil dengan kekayaan orang;

9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
Tuesday, July 24, 2007 | By: HIDAYAH HALIM

30 TANDA JATUH CINTA

Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta Asalkan anda bahagia.
1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.
2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.
3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.
4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri
6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.
7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.
9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.
10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.
11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.
12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat rozin
13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.
14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.
15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.
16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.
17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.
18. Sentiasa kata 'Ya'
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan 'Ya'. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.
20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.
21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.
22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.
24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.
25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.
26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.
27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.
28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.
29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.
30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.
Monday, July 23, 2007 | By: HIDAYAH HALIM

LOVE is CINTA

To My Friends Who Are...........SINGLE
L ove is like a butterfly . The more you chase it , the more it eludes you.But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it.Love can make you happy but often it hurts , but love's only special whenyou give it to someone who is really worth it. So take your time Always BeYour Friend... and choose the best.

To My Friends Who Are............NOT SO SINGLE
L ove isn't about becoming somebody else's "perfect person." It's aboutfinding someone Once In A Blue Moon...who helps you become the best personyou can be.

To My Friends Who Are............PLAYBOY/GIRL TYPE
Never say "I love you" Your Love Is Etched In My Heart...if you don't care.Never talk about feelings if they aren't there. Never touch a life if youmean to break a heart Didn't Mean To.... Never look in the eye when all you do is lie. The cruelest thing a guy can do to a girl is to lether fall in love when he doesn't intend to catch her fall and it works bothways...

To My Friends Who Are............MARRIED
Let's Do A Re-Run !Love is not about "it's your fault", but "I'm sorry Let's Patch Up...." Not"where are you", but "I'm right here." Not "how could you", but "Iunderstand." Not "I wish you were", but "I'm thankful you are."

To My Friends Who Are............ENGAGED
A Toast For The Good Times !The true measure of compatibility is not the years spent together but howgood you are for each other.

To My Friends Who Are............HEARTBROKEN
Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them togo. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from themTricks Of The Trade !.

To My Friends Who Are............NAIVE
How to be in love: Fall but don't stumble, be consistent but not toopersistent, share and never be unfair, understand and try not to demand, andget hurt but never keep the pain.

To My Friends Who Are............POSSESSIVE
It breaks your heart to see the one you love happy with someone else butit's more painful to know that the one you love is unhappy with you.

To My Friends Who Are............AFRAID TO CONFESS
Love hurts when you break up with someone. It hurts even more when someonebreaks up with you. But love hurts the most when the person you love has no idea how you feel.

To My Friends Who Are............STILL HOLDING ON
A sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only tofind out in the end that it was never meant to be and that you have wastedyears on someone who wasn't worth it. If he isn't worth it now he's notgoing to be worth it a year or 10 years from now. Let go.....

TO ALL MY FRIENDS.......
M y wish for you is a man/women whose love is honest, strong , mature , never-changing, uplifting, protective, encouraging, rewarding andunselfish. ANYWAY I WISH U ALL A GOODLUCK

Penawar Hati Seorang Wanita

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorangyang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITAamat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala - galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja.LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.Maka lelaki haruslah memahami HATI danPERASAAN WANITA""
Friday, July 13, 2007 | By: HIDAYAH HALIM

Ahaksss....

huh...da sminggu aku ngajo kat Shahputra neh
well...so far so good...mule2 rase cam tak kompiden
jek nak ngajo...ye la...aku ne ade pengalaman keje neh....

Stakat neh...aku tgk student aku smue ok2....tak de yang wat
masalah....first day masuk keje, aku cume kene ngajo 'Public Speaking'.....
risau gak aku dibuatnye....aku dulu pon public speaking bukan la
bagos pon....tapi bile da 2 3 kali masuk class neh....everything ok actually...

Then....aku diberi subjek len plak...kene ngajo 'keyboarding'.....kene plak ajo
subjek yang bleh dianggap killer subjek neh....kecut prot aku....pe2 pon aku
slalu doa students aku lulus la subjek neh....

Ramai member2 aku gelak kan aku jadik lecturer...;.ekekekeke....
ye arrrrr....pale aku neh pon time study dulu leh tahan gak masuk air.....
tapi bile da ngajo neh....aku rase care aku da brubah sket....
huiiishhhh...MESTI la beb.....kene behave....kang students aku pijak pale....

Ramai gak yang tanye...nape jadik lecturer kat Shahputra.....tak de keje len ke?
hmmmm....aku sebenanye anta byk resume kat merata tempat....tapi tu la orang
kate....rezeki kan....Shahputra da panggil dulu....so aku tak mo pkir panjang....
Kang aku dok milih keje....langsung tak de keje lekat kang...lagi susah.....lagipon aku
da tak larat nak tanam anggur kat umah tu....wakakakakaka......bosan beb....
Pe2 pon aku bersyukur ngan ape yang aku dapat skank neh.....aku nak carik pengalaman....
Pengalaman la yang akan menjadikan aku seorang yang lebih berjaya in the future....
Insyaallah....
Saturday, July 7, 2007 | By: HIDAYAH HALIM
aku da start kejeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!
yang aku cam tak caye....now....I am a lecturer.....
study dulu pon bukan bagos....ekekekekek....
9/7/2007 aku da start ngajo.....
Dah la ngajo student part 4....
beh kurang sebaye je ngan aku...

aku pon tak tau lew...
perasaan neh campor adok ar plak....
suke coz da nak pegang duit sendirik....
tak yah susah kan parents aku lg dah....
sedihhhhhhhhhh....sbb byk bende.....
aku tau...neh sme dugaan....
Tuhan kasik aku akal...untuk fikir
cam ne nak berdepan ngan dugaan neh....
hidup aku sentiase berdepan ngan KEBETULAN....
tapi aku tau neh sme SURATAN Tuhan....
SURATAN & KEBETULAN.....
aku kene bersedia ngan segala kemungkinan....
Tapi kuat ke aku?
Insyaallah....I will try.....

Ya Allah...berikan hambamu ini ketenangan
dalam menghadapi segala ujian mu....
Aku memohon kepadamu Ya Allah....
Semoga kesedihan dan kepedihan yang ku lalui kini
akan berganti dengan kebahagiaan berpanjangan kelak....
Amin....
Monday, July 2, 2007 | By: HIDAYAH HALIM

????

I wake up to a quiet morning
the world is still the same
(you were the best that I had
and now I'm stuck with pain...)

My routine passes quickly
by not consciously awake
(it seems you are the only one
is all this a mistake?)

I feel like going back to bed
but your laugh lingers there
(you said that you would never leave
you said you'd always care)

my breakfast has no taste at all
the news is nothing new
(do you know that I'm hurting now--
it's all because of you...)

USAH LEPASKAN

http://http://profile.imeem.com/iLqiu/music/SIN9-JwT/usah_lepaskan/

Yang terindahTerlukis di bibir mu
Tak pernah ku lihat senyum mu
Sebegitu Pudar kah sudah cinta yang ku beri
Bewarna warni segalaYang dijanjikan ia

(Chorus)
Usah biarku bersendirian
Usah biar hati mu ditawan
Usah biar diri ku di sini
Seorang menunggu tanpa teman
Usah lepas genggaman tangan mu
Usah biar semua berlalu
Usah terlupa perasaan hati
Pertama kali kita bertemu
Usah lepaskan

(Bridge)
Tak mudah ku melupa segala yang berlalu
Ku ingin selalu bersama mu

Chorus

Ku tak peduli apa sebabnya
Engkau dan dia harus bersama
Mendungnya langit bila berkata
Kita patutnya masih bercinta
Usah lepaskan
Usah lepaskan

Yang terindah
Terlukis di bibir mu
Tak pernah ku lihat senyum mu sebegitu